Friday, 31 July 2015

Calit Emas

Calit emas
2.1  Mengetahui cara membuat dan menggunakan simpulan berikut:
o   Lilit Pemati Mudah
o   Buku sila
o   Ikatan bunga geti
o   Simpul pemukat
o   Lilit dua simpul
o   Lilit manuk
2.2   Mengenali Jalur Gemilang,  Bendera Negeri Sendiri,  Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Bendera Dunia World Association Of Girl Guides and Girl Scouts(WAGGGS).
2.3  Mendandan perca kain dan tali.
2.4  Menyediakan meja makan untuk makan tengah hari bagi EMPAT (4) orang.
2.5  Mengetahui Pandu Puteri Tunas (Brownie) Antarabangsa dari sekurang-kurangnya LIMA (5) buah negara.
2.6  Mengetahui dan Mematuhi Undang-undang Jalan Raya .
2.7  Mengetahui cara menjaga kebersihan diri.
2.8  Membuat SATU (1) daripada tiap-tiap kumpulan yang berikut :
Ø  Berpeluk tubuh dan kaki bersilang, berdiri dan duduk dengan gaya yang baik sebanyak TIGA(3) kali
ATAU
Ø  Berjalan di atas batu-bata sejauh EMPAT(4) meter tanpa tangan atau kaki menyentuh tanah.
ATAU
Ø  Menatang bola tenis di atas papan berukuran 20 cm persegi di atas satu tapak tangan sambil berjalan dengan tegak dan membuat bentuk angka lapan.Tukar tangan dan ulang cara yang sama.
ATAU
Ø  Berjalan sambil memantul bola dalam barisan yang diatur dengan LIMA(5) biji tin yang jaraknya di antara satu tin tidak lebih daripada 60cm. Pusing balik apabila sampai kepada tin yang terakhir dengan tidak menjatuhkan sebarang tin.
(b)
Ø  Skip dengan tali sebanyak 20 kali.
(c)
Ø  Melempar bola ke dinding dari jarak TIGA(3) meter dan berjaya menyambut EMPAT(4) daripada ENAM(6) lemparan .

ATAU
Ø  Secara berpasangan melempar dan menyambut EMPAT(4) daripada ENAM(6) lemparan bola dengan jarak TIGA(3) meter.

2.9  Boleh bercerita mengenai DUA(2) benda pilihan sendiri yang telah diperhatikan seperti langit, bintang, laut, burung, pokok, bunga dan binatang.
ATAU
Mengutip ENAM(6) jenis bunga atau daun serta memberikan nama masing-masing.
2.10  Mengetahui upacara dan istiadat Pandu Puteri Tunas.
*      Hormat Besar
2.11  Memperolehi Lencana Kecekapan seperti berikut:
  • Pengumpul
  • Ahli Rumah Tangga dan
  • Pilihan mana-mana SATU(1) daripada kumpulan A atau C



*Catatan:
Bagi semua Lencana Kecekapan perlu sertakan sijil untuk mendapatkan lencana.

























































3 comments:

  1. Alhamdulillah....terima kasih cg atas perkongsian. Semoga dimurahkan rezeki cg sekeluarga...amin

    ReplyDelete